Monday, 17 September 2012

Istighfar Cinta Solehah.


Dua telapak tangan menyapu muka bermula dari dahi sehingga bawah dagu serentak dengan kalimah 'Aamiin' diucapkan.. "Taqabbalallahuminna wamingkum taqabbalyaakarim." Ucap Ayuni dengan tenang.

Ayuni mengengsot ke kiri lalu tangan kanan mencapai Al-Quran di dalam rak kaca setelah tangan kiri membuka cerminnya. "Bismillahirrahmanirrahim" diucapkan sebelum membuka helaian Surah Al-Fatihah.

"A'udzubillaahiminash shaitonirrajim..Bismillahirrahmanirrahim" Sayup suara lembut Ayuni mengalunkan Kalam Allah.

Bacaan Ayuni terhenti disitu. Matanya berkaca. Setitis air matanya jatuh membasahi naskah Al-Quran.Terketar-ketar tangannya mengesat air mata. Sesekali teresak menahan tangis. Ayuni tertunduk sambil memejamkan mata. Tangan kanannya meraba-raba menutup naskah Al-Quran. Degup jantungnya kencang. 

"Astaghfirullah...Astaghfirullahalaziiiim" Ucapnya panjang dengan suara yang tersekat-sekat.

Al-Qurannya diletakkan kembali ke dalam rak kaca. Niatnya untuk mengalunkan kalimah-kalimah suci itu terbantut lagi. Dengan keadaan dirinya yang masih lengkap bertelekung, Ayuni bangun dan melangkah ke arah meja di tepi katil . Buku-bukunya agak berselerak. Bertindih antara satu sama lain. Ayuni mencapai sebuah diari berkulit hitam berjalur merah lalu dipeluknya. "Wala takhafu wala tahzan..Innallah ma'ana." Ayuni berkata-kata sendiri mengingatkan dirinya supaya 'Jangan takut jangan sedih..Allah sentiasa bersama kita'. Ayuni terduduk di tepi katil...




*          *          *          *          *          *          *          *          *




Sayup kedengaran laungan azan subuh dari Masjid Omar Bin Abdul Aziz. Bunyi titisan air hujan yang berlumba-lumba menuju bumi menjadikan suasana subuh itu lebih sayu. Pagi itu ayam jantan segan hendak berkokok. Segan dengan kedinginan subuh yang mencengkam. Cengkerik-cengkerik yang malamnya riuh bersorak langsung diam. Subuh itu, muram."Assalamualaikum Solehah." Suara itu sangat dikenali Ayuni. Suara yang selalu mengejutnya untuk sama-sama mengajak solat subuh berjemaah.

"Waalaikumussalam Soleh." Jawab Ayuni pantas lalu mencelikkan mata dan bingkas bangun.

Ayuni kebingungan. Suara itu tadi sungguh jelas. Ayuni menoleh ke kiri dan ke kanan mencari arah suara itu dari segenap biliknya. Tangannya masih erat menggenggam diari hitam berjalur merah. "Astaghfirullahalaziim." Ayuni segera beristighfar setelah dia sedar bahawa suara itu datang hanya dalam mimpinya.

"Solehku, semoga Allah sentiasa melindungimu." Ayuni berkata-kata sendirian dalam nada berbisik sambil memandang ke arah kopiah putih bersebelahan dengan Al-Quran didalam rak kaca. Ayuni segera melangkah ke bilik air untuk berwudhuk.
"Assalamualaikum warahmatullah..Allahummainna Nas alukaridhokawaljannah" Lalu memalingkan wajahnya ke kanan.

"Assalamualaikum warahmatullah..Waa'uzubikamin sakhotikawannar" lantas memalingkan pula wajahnya ke kiri.

"Allahummaghfirli dzunubi" Bisiknya lalu menyapu mukanya dengan telapak tangan kanannya tanda dia selesai solat subuh.

Selesai sahaja berdoa, Ayuni tersenyum. Terasa ketenangan hadir menyapa hatinya. Ayuni lantas bangun dan mempersiapkan dirinya untuk meneruskan ibadah harian, berkerja.

"Bismillahi tawakkaltu'alallah" Ucap Ayuni sebaik dia melangkah keluar dari rumah. Tudung bawal berwarna merah hati dikenakan dengan jubah hitam yang kemas dihiasi manik berkilat berwarna merah. Ayuni terus melangkah menuju pondok di tepi persimpangan Jalan Masjid. Disitu dia menanti kehadiran sahabat baiknya, Khairatul.

"Assalamualaikum Kak Ayu!" Suara kecil itu memecah sunyi pagi yang muram.

"Waalaikumussalam Deena..Wah! Cantiknya Deena pagi ni.. Meh sayang akak sikit!" Balas Ayuni dengan mesra. Gadis kecil itu tersipu-sipu menghampiri Ayuni lantas bersalaman dan mencium pipi Ayuni. Adreena sentiasa menceriakan pagi Ayuni. Masa yang berlalu tidak pernah terasa begitu lama tatkala menanti kehadiran Khairatul kerana seronok melayan telatah Adreena yang mesra dipanggil Deena.

"Kak Ayu, kenapa Abang Khaif tak balik lagi?" Tanya anak kecil berusia tujuh tahun itu sambil jarinya mengusik-usik bermain butang di lengan baju Ayuni.

Ayuni terdiam. Wajahnya antara senyum dan muram. Ayuni terbungkam.
"Abang Khaif kerjalah sayang. Nanti dia baliklah." Sayu suara Ayuni seakan memujuk. Memujuk hatinya sendiri walau soalan yang sama bermain di fikiran.

Adreena seakan-akan faham air muka Ayuni yang berubah. Minda kecilnya terdetik mencari akal. "Abang Khaif ni mesti kerja kuat nak belikan Deena bebear baru kan? Deena tau daaah. Terer tak Deena teka?" Adreena dengan petahnya mencuit hati Ayuni.

"Waaah! Terernya Deena!" Balas Ayuni ceria. Sememangnya itulah jawapan yang diajar oleh Uncle Lam sekiranya ditanya dengan soalan "Terer tak Deena?". Uncle Lam sering memanjakan Adreena setiap kali dia berkunjung ke rumah keluarga Adreena. Ayuni mengenali Uncle Lam kerana Khaif adalah sahabat baik Uncle Lam sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Walaupun sebaya dengan Khaif, Uncle Lam dipanggil dengan panggilan 'Uncle' kerana Uncle Lam merupakan adik kepada ibu Adreena.

"Yeay!! Kak Ayu! Kak Atul dah sampai dah tu..Deena nak duduk depan boley?" Pelat Adreena masih ada pada sesetengah perkataan bila bertutur.

"Budak techik tak boley duduk depanla." Balas Ayuni mengajuk pelat Adreena sambil mencebikkan bibir mengusik Adreena.




*          *          *          *          *          *          *          *          *




28 January 2011. 5.30 Petang.

"Bismillahirrahmanirrahim" Kalimah suci itu dilafazkan Khaif tanda dia sentiasa mencari keberkatan dalam setiap perlakuannya. Pintu kereta dibuka. Kunci kereta dimasukkan kedalam lubang kunci selepas Khaif selesai melaraskan tempat duduknya. Suis tingkap automatik ditekannya bagi menurunkan tingkap. Anak kunci diputarkan mengikut arah jam bagi menghidupkan enjin.

"Bismillahi Majreha Wamursaha Innarobbi La Ghafururrahim" Ringkas bacaan doanya ketika dia memulakan perjalanan. Butang bertanda 'PWR' ditekan pada radio keretanya dan sejurus itu, kedengaran bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada Syeikh Saad Said Al-Ghamidi. Surah yang dibacakan ketika itu adalah Surah Dhuha. Gerakan bibir Khaif lancar mengikuti bacaan surah itu tetapi tidak bersuara.

"InsyaAllah..InsyaAllah..InsyaAllah..You'll find your way" Telefon bimbit Khaif tiba-tiba berbunyi sekaligus menghentikan gerak bibir Khaif yang sedari tadi mengikut bacaan Kalamullah di radionya. Khaif memasangkan 'handsfree' bagi memudahkan dia menjawab panggilan. Nama Tuan Amel tertera di telefon bimbitnya.

"Hello..Assalamualaikum Tuan." Khaif menyambut panggilan.

"Waalaikumussalam..Khaif, boleh kau patah balik ke office tak? Urgent!" Nada Tuan Amel agak tegang dan serius lalu memutuskan panggilan tanpa menunggu jawapan Khaif...




*          *          *          *          *          *          *          *          *




"InsyaAllah Tuan.." Berat nafasnya ketika memberi jawapan. Khaif menarik nafas sedalamnya lalu dihembuskan setenang yang mungkin. Riak wajahnya tidak menampakkan sebarang emosi. Khaif berusaha menidakkan gundah di hatinya.

"Sehingga hujung tahun ni, kau settlekanlah apa-apa yang patut. If you need anything, just let me know. I'll get it done. No worries Khaif." Tuan Amel cuba untuk melakar senyum di wajah Khaif walaupun peribadinya seorang yang agak tegas dan garang. Tuan Amel seorang ketua yang sangat bertanggungjawab. Dalam perwatakannya yang sebegitu, tersembunyi seorang insan yang lembut hatinya.

Jaminan Tuan Amel sedikit sebanyak memberi harapan kepada Khaif. Tugasan kali ini sememangnya tugas yang memerlukan pengorbanan yang besar dalam hidupnya. Khaif dengan wajah yang tenang menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tuan Amel. "Saya mintak diri dulu Tuan. Memang ada perkara saya hajatkan sebelum berangkat. InsyaAllah esok saya beritahu Tuan." Kata-katanya terluah dengan nada yang agak ceria.



*          *          *          *          *          *          *          *          *



Sambil berjalan menuju ke arah kereta, Khaif mencapai telefon bimbit di dalam poket kanan seluarnya lalu membuat panggilan. Panggilan itu berjawab sebaik sahaja Khaif selesai duduk di tempat duduk pemandu. "Hello..Assalamualaikum." Suara lembut itu membuatkan Khaif tersenyum.

"Waalaikumussalam warahmatullah. Awak sihat?" Sopan khaif menjawab salam dan memulakan perbualan.

"Alhamdulillah sihat. Demam apa awak ni? Tiba-tiba je call saya." Ayuni menzahirkan kehairanannya kerana Khaif jarang sekali berhubung sejak mereka tamat pengajian di universiti. Boleh dikatakan hanya setahun sekali. Itu pun sekadar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri sahaja.

"Haaa.. Kalau tak call ni yang boleh buat saya demam ni!" Khaif sengaja biarkan Ayuni tertanya-tanya.

"Apa awak ni?Awak... kalau rasa nak demam, call la doktor ke, nurse ke, ada jugak kaitannya. Saya ni kerani sekolahlah. Kalau jumpa doktor, at least awak kena suntik ubat. Kalau jumpa saya, saya stapler je!" Balas Ayuni panjang dengan nada ceria dan sedikit tertawa. Mereka sememangnya sahabat baik dan selalu bergurau ketika sama-sama melanjutkan pengajian di peringkat diploma.

Khaif sedikit tertawa dan akhirnya mendiamkan diri seketika. "Bismillahirrahmanirrahim.. Awak, izinkan saya jadi imam tetap dalam hidup awak.. Rasanya dah sampai masa untuk saya 'bermakmum'."

Bersambung...

Airiel, 2012.

Tuesday, 26 April 2011

Titis-titis...

Semalamnya senyum
Hari ini kusam
Semalamnya ketawa
Hari ini muram
Lusanya...semula.

Hidup ini susah
Hidup ini senang
Hidup ini manja
Hidup ini tegas
Hidup ini...semua.

Titis-titis hati
Mengalir...menitis
Mengadunya...ke Bumi.


Khaifairiel
26.04.2011
Alor Gajah, Melaka



Titis-titis itu...

Tuesday, 12 April 2011

Kuntumnya III

Episodes of 'Kuntumnya' are my flowers' photos collection that I took all over the places. It has become my new hobby and if anyone interested in having any custom-made postcard or wallpaper, feel free to buzz me anytime. :)


Kuntumnya menceriakan...


Kuntumnya memberi senyuman...


Kuntumnya memberi harapan...


My favorite! :)




Monday, 11 April 2011

Benak Warisan

Menulis dah lama tertinggal,
Mengarang dah lama terlupa,
Tertulis dah lama di akal,
Terkarang dikongsi bersama.


Ternukil sudah..bacanya entah...

Sunday, 10 April 2011

Kuntumnya II

Biarkan alam bicara
Biarkan alam bersuara
Biarkan alam bercerita
Biarkan alam berseloka
Biarkan...



Batik...


Dingin...


Sebatang kara...


Tenang...


Kertas ungu...


Mekarnya kertas...


Lukisan alam...


Mekar sekuntum...

Khaifairiel
09.04.2011








Saturday, 9 April 2011

Kuntumnya...

Sengaja ku lewati hingar manusia...
Sengaja ku nikmati jalan cerita...
Sengaja ku tatapi kuntum-kuntumnya...
Sengaja ku berperi tentang indahNya...
Sengaja...



Kuntumnya...



Penuh cerita...


Dreams Of Question Mark?

Few days ago I had a weird dream about I'm getting a couple of twin little brothers. It was so real and I was so happy back in the dream. I can still remember the color of their napkins to 'bedung' them. Blue and light green. I can still remember their smile and how they sleep. I was sleeping with them and I was really excited about it. Suddenly, something make me think.... My mother passed away on 7th October 2009 and how on earth I can get new little brothers? I was still in that dream wondering how is it possible? I can feel what I touched..I can hear their breaths.. I was stuck in the middle of the dream and getting more confused by the situation. I was happy and I was confused. Sunlights woke me up and I was frustrated by the fact that I don't have any twin brothers.

Last night, I had another weird dream of a kid. He entered an old house by himself..(I don't know why) in the middle of the twilight. Suddenly he disappeared and I entered the house to find him. I found his torchlight and a piece of white cloth on the floor. I shouted 'Lailahaillallah' and the boy appeared in front of my eyes just like that! I was shocked and again...confused.

I am still...confused.